Monday 22 July 2013

Ikan Keli Paprik + Cendol Susu


Assalamualaikum

Sape kat sini yang peminat tegar ikan keli? Hi 5 ciket! Wells ikan keli sedap digoreng n dimasak pelbagai resepi. N sejak aku jadik graduan U Segar Amat tuh, jarang sangat dah jumpe ikan keli. Mase aku dok segar amat dulu, hampir sokmo lah aku ni beli ikan keli untuk luch dekat food court tuh.  Pastu lepas kerah si otak ni pikir idea, kitorang reramai decide nak masak ikan keli. Okey resepi nih adik aku la yang buat. Lets cekedaut!

Ikan Keli Paprik

Bahan-bahan

Ikan keli (sekilo RM8)-tapi aku beli setengah kilo je, 
boleh la dapat 3 ekor hengkau

Bahan A

Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Belacan
Cili padi
Serai
Bahan B
Daun limau purut


Caranya: goreng ikan keli dulu. Nak kurangkan percikan minyak, boleh la letak sekeping asam gelugor dalam kuali. Then, blendkan sume bahan A.  panaskan kuali n masukkan yang korang dah blendkan tadi. Resepi nih macam buat rendang gitu la. Tambahkan sedikit gula, garam n cik aji. Bila dah agak sedap meletop tuh, masukkan ikan keli yang dah digoreng tadi. Last sekali tabur dengan daun limau. Hah, barulah rasa paprik. Tak dek daun limau, memangla tak rase paprik yea.


tada~~siap dah!

Cendol susu

Okey uolls, sape yang gila susu macam aku? Pergh best nih minum susu malam b4 tido. Disebabkan air liur aku meleleh leleh lepas nengok Chef Shers kat TV3 buat air nih, apa kata kita cuba? Jum jum

bahan-bahan

1 plastik cendol
Susu Nespray penuh krim
Gula Melaka

Caranya: cairkan gula Melaka dengan segelas air masak. Dah cair n pekat likat, sejukkan. Pastu buatkan air susu macam biasa. Last masukkan gula Melaka+cendol +susu. Dah aku suka sangat susu, sampai santan pon aku sanggop tuka dengan susu. Peringatan: Resepi nih hanya untuk peminat susu tegar sahaja. Sebab kalau bukan peminat susu tegar, mane boleh sesuka ati sanggop santan dengan susu kan? ^^

owh, iolls ingat-ingat lupe. kebetolan ada member yang datang rumah bagi kuih nih.

nih kuih nangka. betol ke idoknye.

neways, selamat berpuasa!





1 comment:

  1. salam..saya menjual ikan keli limbat..segar..dan ditangkap dari sungai atau paya..bukan jenis ternakan kolam..harga rm 9.50 sekilo boleh nego..saiz 4-5 ekor sekilo..penghantaran disediakan mengikut lokasi..saya di kemaman..hubungi saya 0145150398 sudin

    ReplyDelete