Tuesday 14 April 2015

Majlis Kahwin AS

Assalamualaikum!!!

Hari ini Alhamdulillah kami suami isteri dah 2bulan lebih kahwin tahu. macam baru semalam je akad nikah. hehe.lepas satu-satu cucu tok mek dah tawen ye. Kami suami isteri buat majlis yang simple- mimple sahaja. Dua-dua majlis belah suami isteri ni buat majlis secara gotong royong aje. Panggil anak beranak kumpul satu keturunan perah tenaga semata-mata untuk majlis ni tau. Ape-ape majlis cuma panggil anak beranak je tolong settlekan majlis macam ni. baru dapat erat silaturahim. Haa gitulaa kata satu keturunan kau bawak kan.miheheh

Ok boleh kata semua mende buat sendiri lah. Dari sekecik-kecik goodies bag tu sampaila ke baju n pelamin hape sume. Huntong tau sepupu ramai. Ala tak caye lettu. Meh aku kongsi sikit eh sepanjang majlis kami. malas typing pepanjang jadi boleh tengok gamba kan??







            DIY photobooth. Ala buat yang simple-simple je.cukup la untuk si comel bergambar


Akad nikah

hal nikah sume ayah yang settle kan. anak pompuang dye mane la reti nak mengadap semua tu kan. Seminggu before majlis, ayah pesan siap-siap dokumen kahwen hape sume. Letak dalam fail. Okey dua-dua fail suami isteri siap simpan dalam lemari dah. Nak kata punyalah azab kenebesan aku malam akad nikah tu, nak gerak g masjid ni. “ kak mane fail tu,try  check balik eh.takut tertinggal.yang penting ic ”. Sekali…. Macam ade yang takde ni. hmm start nak menanges ni.nak menikah ni wey. Kau buat tadak pulak haihh.  Ingat balik .oohkey.. kan minggu lepas ayah dah bagi dekat tok kadi kan? sebab anak sulung nak kawen, ayah pon superb  gelabah jugak. =,=

dalam hati ni tak henti-henti berdoa moga semua dipermudahkan.nasib ada adik n bff yang ramai. rilek kakak.  Masih tak puas hati lagi talipon encik suami. First time tahu talipon pak cik ni. and kata beliau kalo dah bagi dekat tok kadi tu ok lah tu. Legaaa 


      
  Bunga tanganlah sebagai peneman majlis.

.kami sampai lewat malam tu. Lagi 2 pengantin tengah tunggu.tapi suami oramg 1st yang akad nikah. Mihihi


alhamdulillah tepat pukul 9.56 malam Miss A bertukar status menjadi Madam Aini. Sebarang gangguan hati pasni tidak akan dilayan. tehehe




                     Cincin pemberian suami


         
                   Encik Syimi Puan Aini

Bersanding

Hmm bersanding. Awalnya plan nak kaler hijau mint + baby pink  belah warga TMG (tok mek generations)..warna yang selembut-lembut tu aku suka. plan mint terhijau lime pulak.belasah la. Untuk pelamin majlis kawin ni pulak, cadangnya nak sewa  barang aje. Sebab masa tunang haritu, banyak lebihan kain mini pelamin tu. Mulanya mak aku tak konfident lah kononnya anak pompuang dia tak kreatif hape sume. Aku yakinkan mak aku lagi,tak putus asa tahu. Last-last tengok mak pulak beria-ia nau nak diy sendiri. See? Ala lagipon sewa barang macam kerusi paling panjang, lampu candeliar, stage, bunga 4 siap kaki pastu barang-barang suami macam tenkolok hape sume baru 500. Kalau pelamin yang dah siap datang rumah kau letak tepi cash seribu++. Paling murah. Hmmm tak ke  bazir-bazir.




mak plan nak background  kaler krim untuk pelamin sebab bunga n others stuff dah mix mint pink kan. pandai pulak mak den nih


untuk majlis ni aku memang plan awal-awal theme bridesmaid warna pepel. thanks tau ida, sha, ika, nad, yati, farahim, haziyah sebab sebab sudi spend time. siap kene buat koktel pengantin lagi. sapa la tu. =,=  ramai kata bridesmaid cantek haritu tau.bihihi. nanti majlis uolls in sha Allah iolls datang.









            Bridesmaid yang banyak menolong  sepanjang majlis.nasibla gamba  bridesmaid puan sha ade.kalo takde mahu menanges mak cik ni.

sepanjang majlis ni ayah, mak n adik2 la yang settlekan. ayah dengan adik laki settle bab bahagian bawah. ayah settlekan bahagian bawah. kejap je bagi arahan dekat batalion(sepupu) settlekan hal makanan.




   Majlis warga tmg takpayah ajak orang lain       dah. Cucu tok mek pun dah berbatalion.hihi


mak with her batalion (mak sedara)pulak settlekan bahagian dalam rumah n adik pompuan pulak settekan hal tetamu. majlis kahwin kene plan macam ni baru tak haru biru majlis. sume main peranan.

Dalam majlis ni mak sedara lah yang tukang masak nasik pengantin. Mak sedara lah yang tukang mekap pengantin.sepupulah yang settlekan hal pengantin. Semua guna tenaga tmg tau.hikhik



 Nin dia batalion ayah aku. Tapi separuh aje yang nak bergambar. Separuh lagi cover line kat bawah.hihi

pukul 3 lebih jugak la keluarga pengantin laki sampai. itu pon kira lewat sebab raya cina tetiba jalan jadi jem. haha. 






Ini tok mek. Sorang cucu dah diambil                  orang.hmm =,='





       
Warga tok mek generation. Ini belum            cukup kuota lagi haaa



                             Keluarga baru ;)



  Member dari sekolah rendah n sekolah         menengah semua datang.thanks again (skmj & smksis)


tetamu yang mai sume dari jauh. alhamdulillah. jiran kata ramai pulak jemputan. padahal kami jemput sanak saudara je. niat nak buat majlis ni pon nak erat silaturahim.nak jumpa sedara yang lama gila tak jumpa. alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak. terharu kita hmmm


OUTDOOR
outdoor senang je. Depan rumah aku banyak sawah padi tapi malangnya banyak lalang takde pokok padi.hihi.kira ok la.



Bertandang

Majlis bertandang belah suami seminggu lepas belah aku. Family belah suami geng merah mak ngah. suami kata belah aku kaler dah soft. So belah keluarga suami kaler rare lah.kitorang pulak i choose kaer wine. Majlis pon sama jugak gotong royong macam aku jugak. Hiasan dalam bilik pulak paling special tau. Sebab.. suami n his siblings yang tolong hiaskan. Giler tererrr. Mane ade pengantin lelaki sekarang yang sanggop hias bilik semata2 untuk bini dye. Puji lelebih kang nanti ade orang belanje neh. Ekeke




So this is part of our wed. tu je?? weyhhh line xclear nih. Ini pon tergagap nak menaip. in sha Allah pasni nanti aku update yang lain pulak. ekekeke


*terima kasih bebanyak untuk semua orang yang take part for this event. alhamdulillah majlis sume majlis berjalan lancar. tanpa korang siapalah aku. hishhhhh



Doakan kami dipanjangkan jodoh hingga ke syurga ye. Muahhh




Thursday 22 January 2015

Surat saman. a.k.a kad jemputan

Assalamualaikum.

November.disember.tahun Baru januari. Haaa 3bulan tak update cerita ape.sebab sekarang tengah menuju kehidupan yang baru. Bhahah.

Okey Tampa menghabiskan masa bateri talipon ni, iolls nak jemput uolls pegi beraya umah ak sempena raya cina ni.mihihi

Tarikh : 21 Feb 2015
Tempat : pt 228 perumahan kampung Belian, palekbang 16040 Tumpat kelantan.

Semua member iolls n blogger mahupun readers uolls semua dijemput hadir.

PS: beb rugi xmaghi sebab iolls jemput blogger Hazanis tau ;)

Monday 13 October 2014

KEK PELANGI

assalamualaikum...

Salam aidiladha. Maaf sebab ni baru ade masa nak jenguk belog ni ha. Okay raya haji minggu lepas kami ada buat kek pelangi. So kepada korang yang tengah beraya lagi tu, jomm try buat kek ni.

Sebenaqnya kan kek simple2 ni malaih skit sebab selalu aku buat tak menjadi. Lagipon tak makan sangat. Yang selalu buat  n makan coklat.coklat.coklat.tak habih-habih.

Pastu try buat eh menjadi pulak.aku godek buku respi n just tambah2 je
 Cehhhh

KEK PELANGI/COLOURFUL

200 GM GULA
300 GM MENTEGA
500 GM TEPUNG KEK(BLUE KEY)
SECAWAN SUSU CAIR
ESEN VANILA
BAKING POWDER
TELUR 8BIJI

CARANYA:

Putar gula n mentega hingga putih.masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan susu, esen , baking powder n tepung secara bergilir-gilir. Jangan masuk tepung sekaligus.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Yang ni depends kekreatifan korang. Nakberapa colour. Tapi aku buat 3 warna sebab yang nih je ade. Hihi. Coklat, kuning n natural. Pastu bakar api atas bawah sampai masak.

Oh ya mase nak buat kek ni, selawat banyak-banyak n doakan yang baik-baik aje ye. So having fun!!!



Wednesday 10 September 2014

TM EARTH CAMP 2014



ASSALAMUALAIKUM!!

Alhamdulillah peluang ke 2 terjoin aktiviti kemasyarakatan with media TM n Al hijrah lepas join media Astro mase kat uni dulu. 

Minggu lepas 6 September 2014 jam 8.00 pagi, Alhamdulillah SKMJ menerima kunjungan dari oghang belah utara n KL!!

Ia adalah sempena  TM EARTH CAMP 2014. Event ni ditaja oleh Telekom Malaysia dengan kerjasama MNS( Malaysian Nature Society) n media dari TV AL-HIJRAH. Ehemm sekolah kami masuk tv la!! melopong jugak la aku pepagi mase tuu. nak tahu bile, bace sampai habis.





keserian wajah terselah lepas dapat baju free, topi free, beg pon free!!

                 
 sesi pembahagian kumpulan gotong royong. ada yang area
 kolam ikan, taman herba, bangunan sk n taman bunga


                     all media, staffs, teachers and students together in one.
(betul ke inggelish aku ni)

Seperti yang aku tahu la (itupon interview mase makan), dorang  datang sekolah ni kirenya nak bergotong-royong mengecat bangunaan sekolah yang nampak suram aje.(Sebenarnya nak cakap renew balik la). Lagi satu nak memperindahkan kolam ikan sekolah yang sedia ada. kolam ikan ada rupa kolam renang tapi tak cantik pulak. tak boleh jugak tu. haaa Gituu..


                 
                                           proses pengecatan bangunan sekolah




proses penanaman pokok herba. at least bebudak ni tahu 
la cemane ghupenye pokok lidah buaya. bukan lidah buaya betul eh >_<






wallpaper sekolah pon super duper cantik!!!

Yang join program ni semua golongan join. Dari si cilik sampaila geng  dewasa. Untungnya yang datang sini sebab yang terpilih sahaja. 1 buah sekolah 4 orang murid sahaja bagi setiap negeri belah utara( taksilap la). Bestnye weekend pi jenjalan kan. hilang seteress nengok alam sekitar. air terjun kat sini pon cantik!


                      YB Darwisy sedang menunjukkan cara yang betul mengecat batu kepada 2 orang assistantnya. mihihi


Gotong-royong ni memang paling bermaknalah sebab pengacara TV Al-hijrah  join gak. Aku tak tahu pon dye ni pengacara. Itupon dapat tahu lepas kami sembang habis sepinggan kuih baru tahu..oooh retis ke?? Dushhh.. (muka bercahaya) =,=


                     semua nak bergambar dengan Fazlan Mutalib n his penerbitnye~

Gotong royong ni habis pukol 1 tengahari. Lepas makan, hambik gambar dengan retis, cat sikit batu kat kolam(kononnye tunjuk part rajin la) pastu blah. Hihi. Cool sangat!!

* terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang ke sekolah jauh dari bandar ni. bawak ramai geng pulak tu. in sha Allah kalau nak buat event lagi, jemput ke sini ye!
  #nanges jap sebab terharuu :)
*25 september jam 9.00 malam siaran TV Al-hijrah pastikan korang dah tercongok depan tv tau!!


jumpa lagi ;)


Tuesday 19 August 2014

RESEPI SYAWAL KE 23

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat hari raya maaf zahir batin. yang ke 23 kan? so berbaki lagi seminggu. semalam teringin nak makan sambal tempe. tetibe je teringat mase studi kat Johor.

 well, tempe ni kegemaran orang johor kot. sambal tempe sedap jugak dimakan dengan lemang, ketupat o nasi impit. ala macam nasi impit dengan rendang la. apa kata korang cuba resepi baru. aku main cincai je buat sambal ni.*sebenarnya takdak bahan. tapi jadik jugak :)

bahan-bahan

1 biji bawang holland/besar
2 biji lada besar
sedikit air asam jawa
sedikit gula melaka
ikan bilis, tempe, kacang tanah n ubi kentang digoreng rangup
garam n gula

cara-cara
blendkan bawang  n lada. tumiskan mereka semua. masukkan air asam jawa, gula melaka, gula n garam. dah agk2 kering tu masukkan ikan bilis, tempe, kacang tanah n ubi kentang. then siap!! ala senang sangat la.


jumpa next entry. yela tuuu =,='

Sunday 13 July 2014

1st updated di bulan pose tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Alhamdulillah boleh jugak update belog di bulan pose kan. okay sis nak kongsi kat korang pasal halfmoon labuh "BEAUTIFUL HIJAB" @ BH yang dibuat oleh team WNA. so korang boleh cuci mata kat bawah ek.

Halfmoon labuh


saiz : 1.75m x 0.75m
material : chiffon tebal dan lembut
harga promosi raya :

1 helai : RM 29 termasuk pos (RM6)
2 helai : RM 52 free postage
3 helai : RM 87 n dapat diskaun 10% !

ada banyak sangat pemilihan colour tau.dari warna pastel until light. antaranya :



untungnya korang beli halfmoon labuh ni sebab korang boleh buat macam-macam gaya. yang paling senang macam ni..


owner memakai halfmoon BH kod 8- kelabu


tutorial juga disediakan bagi mereka yang berminat :D

lagi satu halfmoon yang team WNA buat ialah :

Halfmoon 2 Tone

halfmoon 2 tone ni sangat sesuai untuk korang yang suka pakai dress. kami memang menerima tempahan warna yang korang dream sangat tu.



so if korang berminat nak tempah boleh pm di  OWNER TEAM WNA @whatsapp 013-7355403
korang juga boleh tengok segala update berkaitan pakaian muslimah dekat page kami 

# kami akan menyumbangkan sebanyak 3% daripada pembelian korang untuk diberi kepada mereka yang memerlukan. kira macam membeli sambil menderma. alhamdulillah tak sia-sia korang membeli tau!

soooo tunggu apa lagi.cepat order cepat sampai.

Friday 6 June 2014

DIY Aiskrim wall

Assalamualaikum !!!

2 bulan blog dibiarkan. Bagus sangat la tu. =..=
Alolo jangan sedey. Okey kalau ada sesape yang merajuk meh aku bagi hadiah aiskrim. Nak tak?? Tapi uolss kene buat sendiri la ek.

Cuti2 sekolah ni sedap wey makan aiskrim mengadap satu bekas. Makan pulak dengan sepupu sepapat. Nak mengadap bekas aiskrim wall tu kan kene tunggu mak ayah bagi cukup bulan lah kan. Okey jum...

Y0u need:

1) 1 kotak besar susu dutch lady ( depends la nak guna jenama ape pon)
2) 1 tin susu pekat F&N
3) 1sudu ovalett
4) Perisa strawberry, coklat, epal, pandan @ others)



Caranya :

Start with bismillah. Putar semua bah an kat atas kecuali perisa. Guna kelajuan paling tinggi. Sehinggalah adunan menjadi gebu. Then masukkan perisa peveret korang. Kalau nak 2 perisa, tuang ke dalam bekas secara serentak.

Sejukkan dalam peti ais.boleh makan bersama roti @ pape je.voilla!! Konpem anak sedara ang senyum lebo. ;D


                        Kalau dah try buat nanti kongsi eh komen kat bawah ;D