Assalamualaikum…
Okey seperti yang dijanjikan (err hade
aku janji ek) dalam
efbi kemarin la, nak share resepi cemane nak buat pizza yang gojes. so hari ini, aku telah mengotakan "janji" itu. Sebenarnya
ini kali kedua aku try buat pizza. 1st buat okey. Resepi dah betul dah. tapi keras sikit
rotinya. Sebab aku main tibai je cara nak buat. aku main tibai je cara nak uli doh tu. dan aku tibai segala-galanya. over. Tapi
Alhamdulillah still buleh makan lagi =,=
2nd time buat (yang nilah) Alhamdulillah sangat la menjadi. Dah boleh senyum, dah
boleh buat lompat bintang siap makan berdouble-double lagi. =.= Yelah setelah menerima kritikan pedas dari
(mak) mase 1st time buat. katanya “err keras laa kak ”, tapi kali ni dah takde
dah. Dapat kritikan manis lagi. Haha siap bagitau “boleh jual neh”. Alooo
So nak resepi dak? Okey jom..
Bahan-bahan
semua barang ni aku dapat dekat kedai kek n roti.
variety of fishball, sosej, seafood
Cara membuat doh (boleh dapat 4 biji big pizza)
1. Putarkan 1 biji telur,500 gm tepung protein tinggi, 1 sudu bread improver, 1 sudu softner,garam,
gula,n mauripan.
2. masukkan marjerin. putar lagi.
3. Setelah elok je sebatinya, masukkan secawan air
sejuk. Ye air sejuk, bukan suam, panas mahupon seangkatan dengannya. Putar
lagi.
4. Rasa macam nak tercabot pemutar tu, boleh la
stop. Okey mari kita bersenam. Uli doh dalam 15 minit. Haaa memang tercabar
sungguh stamina aku masa ni. Penat amat! Kalau Nampak doh tu mengeras, tambah
kan air sejuk tu lagi.
so jadilah dohnye
5. Last sekali, balutkan doh dengan kain lembap supaya
doh itu terperap. biarkan dalam duaploh minit.
Setelah nampak doh tu naik berganda-ganda, buka kain
n tumbok doh! Gitu. Ghupe dah macam nak balas dendam . tujuan tumbok doh tu
supaya angin yang terperap dalam doh tu keluar.
see! nah tumbukan padu olehku kepadamu
6. Bahagikan doh ikut suke ati. depends pada tahap
kebesaran loyang korang. malam tu aku perdajalkan tudung periuk mak aku.
Haha
nila ghupe piza yang belom dibako
cara membuat inti
inti pizza ada 2 cara. Sos boleh dimasak atau
tak masak. Depend korangla kalau terlebih rajin, baik masak je sos tu. Sedap
sikit
(sos yang
dimasak)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Sos cili
Gula
Garam
ajinomoto
Goreng semua bawang, hingga naik bau. Then
tambahkan sos cili, gula, garam n perasa. Siap!
Kali ni aku guna cara senang sikit sebab
kesuntukan masa. so mari tengok cemane aku menghias piza itu.
sapukan sos cili.
Just letak sos cili, segala sosej, sayur campur n variety of fishball. Korang boleh jugak gantikan fishball dengan tuna, nenas,sotong,n cendawan butang.
ni belom letak toping lagi ( seafood pizza)
Masukkan mayonis n keju mozarela (lagi banyak lagi hmphhh!)
bakar sampai masak.
lepas bagi makeup sikit.
pekena pulak dengan tebikai sus float, tak kenyang lagi ambe tak tahu lah
tengok gambo, teros lapa balik .tsktsk
Alhamdulillah, malam tu adik laki aku senyum lebo sebab dah lame dye mengidam piza. haha. huntong ada kakak macam aku. =,=
Itu sahaja resepi yang aku nak kongsikan, so selamat mencuba uollss ^^
Itu sahaja resepi yang aku nak kongsikan, so selamat mencuba uollss ^^
No comments:
Post a Comment