Assalamualaikum…
Sebenarnya minggu lepas lagi aku nak share tapi sebab
bizi kan. so minggu ni kire jadik la khenn. Khamis minggu lepas kami ber4 (Una,Asma, Ahlami n Aku) telah
menjadi fasi untuk satu program, iaitu program Segaknya Putera, Manisnya Puteri Asrama di SMK Pahi, Kuala Krai,
Kelantan. Area ni kire sikit lagi nak selatan Kelate la. Geng laki xtahu nama
sebab xsempat nak ice-breaking. Keh3.
Program macam ni memang patot dibuat awal
sebab budak-budak baru nak mula sekolah kan. so bila pikir pikir weekend ni tak tahu
nak buat hape, ada baiknya join program macam ni kan? At least boleh la ‘rapatkan balik silaturrahim’ wif adik-adik
kan. gituuu
Sampai sana
lewat petang. kami disambut oleh Kak Ma(warden asrama Perempuan). Kak ma ni baik sungguh. kecik molek pulak tu.^^. Budak laki siap berbaju
melayu segak bergaya dah. Maklomla zemangat tau malam minggu nak baca Yassin
sesame. ^^ Aloo teringat la zaman dok
asrama dulu. Tsktsk.
First
impression aku sampai sini, “wow, meme comey r sekolah neh!”. Yeah sekolah baru
bukak tahun 2012. Asrama baru, katil baru, suasana baru, semuanya baru.
Untunglaa budak-budak sini.
kan~ kalah sekolah aku -,-
Lepas maghrib ada bace Yassin n kuliah maghrib sikit. Masuk surau mase nak bace Yassin tu,semua budak pompuan tengok hakak 4 orang ni. aloo malu laa =,=
tudiaa... ketua asrama mai chek sape yang xmai solat. jeng3
Ketua warden SMK Pahi.
Kami jadi fasi untuk sekolah ni pon tak sampai 12 jam. Untuk semalaman je. Just untuk sesi ceramah, kiamullai dan tazkirah pagi. Sesi ceramah malam tu bertajuk “Anakku Hebat” oleh Yob. Malam tu kira sesi nak cuci sikit hati kita ni. Kita ni, bila senang lupa Allah, bila susah mula la nak ingat Allah kan. sepatutnya setiap saat kita kena ingat Allah.
Nak jadi fasi ni, bukan senang tau, sebab kita ni role model kepada remaja sekolah. Kita sebagai orang dewasa yang dah banyak pengalaman(kononnyelah) kena share sesuatu yang boleh memotivasikan diri mereka. Supaya mereka menjadi anak yang baik untuk keluarga, masyarakat dan Negara. Dorang ni masih kecik, taktahu pape dunia luar,mudah sangat terpengaruh dengan mende-mende tak elok. Fasi ni jugak kena kawal emosi sikit, terutama time bab nangis2 ni. kalau dorang nangis, maknanya mereka betul-betul menghayati apa yang disampaikan fasi. Kita kene bagi semangat kat dorang, bukan macam aku. Tengok budak ni nanes sikit, haa mula la buat drama air mata join sekali dengan dorang.apelaa. Tsktsk
dorang ni bagus sangat sebab kebanyakan ramai
pakai stoking n sarung lengan. keep it up dear
Masa
sekolah dulu selalu je join program macam ni. dulu hakak abang yang buat program
untuk kita. Sekarang, kita pulak yang handle program untuk dorang. Hmm baru ase
dah tua ghupenye. Hihi.
Program malam tu habis pukul 12 malam. Supper pon terlajak weh. Bayangkan la siap nanges semua, pastu pegi makan mihun sup. Memang la lawak okey. Haha
Program malam tu habis pukul 12 malam. Supper pon terlajak weh. Bayangkan la siap nanges semua, pastu pegi makan mihun sup. Memang la lawak okey. Haha
Esoknya bangun awal pukul 5 pagi sebab ada kiamullai.
Ingatkan dorang dah tahu awal2 ada kiamullai. Sekali… sorang pon tak bangon! Terpakselah
si Una n Ahlami poi kejutkan dorang kat bilik. Kata ketua warden, nak bagi
surprise(announcement kononnye) kat bebudak ni. haa ni la
suprisenya, tak bangun. Nasib baik ada hakak yang masih sedar diri boleh bangun
awal pagi. Haih
Lepas
kiamullai aku paling belakang, ada yang terbongkang tido. lahai korang ni..pukul 7.15 pagi ada tazkirah pagi. Semangat tau dorang pagi-pagi ni. sini
kalau pagi memang sejuk amat!
tazkirah pagi. bincang pasal couple..wuhuuu
Pagi tu geng pompuan terpakse balik awal sebab ada
hal. kire geng laki la yang handle program pagi tue. Kalau boleh nak join lama sikit, tapi sebab
ada hal kan. wuhuhu. Rumusannya(ceh buat
macam karangan), Alhamdulillah program ni meme best (kalau lama lagi best) even sekejap je. In sha Allah, ada
rezeki nak join lagi la. tehehe
No comments:
Post a Comment