ASSALAMUALAIKUM!!
Alhamdulillah peluang ke 2 terjoin aktiviti kemasyarakatan with media TM n Al hijrah lepas join media Astro mase kat uni dulu.
Minggu
lepas 6 September 2014 jam 8.00 pagi, Alhamdulillah SKMJ menerima kunjungan dari
oghang belah utara n KL!!
Ia adalah
sempena TM EARTH CAMP 2014. Event ni
ditaja oleh Telekom Malaysia dengan kerjasama MNS( Malaysian Nature Society) n
media dari TV AL-HIJRAH. Ehemm sekolah kami masuk tv la!! melopong jugak la aku pepagi mase tuu. nak tahu bile, bace sampai habis.
sesi pembahagian kumpulan gotong royong. ada yang area
kolam ikan, taman herba, bangunan sk n taman bunga
all media, staffs, teachers and students together in one.
(betul ke inggelish aku ni)
Seperti
yang aku tahu la (itupon interview mase makan), dorang datang sekolah ni kirenya nak
bergotong-royong mengecat bangunaan sekolah yang nampak suram aje.(Sebenarnya
nak cakap renew balik la).
Lagi satu nak memperindahkan kolam ikan sekolah yang sedia ada. kolam ikan ada rupa kolam renang tapi tak cantik pulak. tak boleh jugak tu. haaa Gituu..
proses pengecatan bangunan sekolah
proses penanaman pokok herba. at least bebudak ni tahu
la cemane ghupenye pokok lidah buaya. bukan lidah buaya betul eh >_<
wallpaper sekolah pon super duper cantik!!!
Yang join
program ni semua golongan join. Dari si cilik sampaila geng dewasa. Untungnya yang datang sini sebab yang
terpilih sahaja. 1 buah sekolah 4 orang murid sahaja bagi setiap negeri belah
utara( taksilap la).
Bestnye weekend pi jenjalan kan. hilang seteress nengok alam sekitar. air terjun kat sini pon cantik!
YB Darwisy sedang menunjukkan cara yang betul mengecat batu kepada 2 orang assistantnya. mihihi
Gotong-royong
ni memang paling bermaknalah sebab pengacara TV Al-hijrah join gak. Aku tak tahu pon dye ni pengacara.
Itupon dapat tahu lepas kami sembang habis sepinggan kuih baru tahu..oooh retis
ke?? Dushhh.. (muka bercahaya) =,=
semua nak bergambar dengan Fazlan Mutalib n his penerbitnye~
Gotong
royong ni habis pukol 1 tengahari. Lepas makan, hambik gambar dengan retis, cat
sikit batu kat kolam(kononnye tunjuk part rajin la) pastu blah. Hihi. Cool sangat!!
* terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang ke sekolah jauh dari bandar ni. bawak ramai geng pulak tu. in sha Allah kalau nak buat event lagi, jemput ke sini ye!
#nanges jap sebab terharuu :)
*25 september jam 9.00 malam siaran TV Al-hijrah pastikan korang dah tercongok depan tv tau!!
jumpa lagi ;)
No comments:
Post a Comment