Tuesday 14 April 2015

Majlis Kahwin AS

Assalamualaikum!!!

Hari ini Alhamdulillah kami suami isteri dah 2bulan lebih kahwin tahu. macam baru semalam je akad nikah. hehe.lepas satu-satu cucu tok mek dah tawen ye. Kami suami isteri buat majlis yang simple- mimple sahaja. Dua-dua majlis belah suami isteri ni buat majlis secara gotong royong aje. Panggil anak beranak kumpul satu keturunan perah tenaga semata-mata untuk majlis ni tau. Ape-ape majlis cuma panggil anak beranak je tolong settlekan majlis macam ni. baru dapat erat silaturahim. Haa gitulaa kata satu keturunan kau bawak kan.miheheh

Ok boleh kata semua mende buat sendiri lah. Dari sekecik-kecik goodies bag tu sampaila ke baju n pelamin hape sume. Huntong tau sepupu ramai. Ala tak caye lettu. Meh aku kongsi sikit eh sepanjang majlis kami. malas typing pepanjang jadi boleh tengok gamba kan??







            DIY photobooth. Ala buat yang simple-simple je.cukup la untuk si comel bergambar


Akad nikah

hal nikah sume ayah yang settle kan. anak pompuang dye mane la reti nak mengadap semua tu kan. Seminggu before majlis, ayah pesan siap-siap dokumen kahwen hape sume. Letak dalam fail. Okey dua-dua fail suami isteri siap simpan dalam lemari dah. Nak kata punyalah azab kenebesan aku malam akad nikah tu, nak gerak g masjid ni. “ kak mane fail tu,try  check balik eh.takut tertinggal.yang penting ic ”. Sekali…. Macam ade yang takde ni. hmm start nak menanges ni.nak menikah ni wey. Kau buat tadak pulak haihh.  Ingat balik .oohkey.. kan minggu lepas ayah dah bagi dekat tok kadi kan? sebab anak sulung nak kawen, ayah pon superb  gelabah jugak. =,=

dalam hati ni tak henti-henti berdoa moga semua dipermudahkan.nasib ada adik n bff yang ramai. rilek kakak.  Masih tak puas hati lagi talipon encik suami. First time tahu talipon pak cik ni. and kata beliau kalo dah bagi dekat tok kadi tu ok lah tu. Legaaa 


      
  Bunga tanganlah sebagai peneman majlis.

.kami sampai lewat malam tu. Lagi 2 pengantin tengah tunggu.tapi suami oramg 1st yang akad nikah. Mihihi


alhamdulillah tepat pukul 9.56 malam Miss A bertukar status menjadi Madam Aini. Sebarang gangguan hati pasni tidak akan dilayan. tehehe




                     Cincin pemberian suami


         
                   Encik Syimi Puan Aini

Bersanding

Hmm bersanding. Awalnya plan nak kaler hijau mint + baby pink  belah warga TMG (tok mek generations)..warna yang selembut-lembut tu aku suka. plan mint terhijau lime pulak.belasah la. Untuk pelamin majlis kawin ni pulak, cadangnya nak sewa  barang aje. Sebab masa tunang haritu, banyak lebihan kain mini pelamin tu. Mulanya mak aku tak konfident lah kononnya anak pompuang dia tak kreatif hape sume. Aku yakinkan mak aku lagi,tak putus asa tahu. Last-last tengok mak pulak beria-ia nau nak diy sendiri. See? Ala lagipon sewa barang macam kerusi paling panjang, lampu candeliar, stage, bunga 4 siap kaki pastu barang-barang suami macam tenkolok hape sume baru 500. Kalau pelamin yang dah siap datang rumah kau letak tepi cash seribu++. Paling murah. Hmmm tak ke  bazir-bazir.




mak plan nak background  kaler krim untuk pelamin sebab bunga n others stuff dah mix mint pink kan. pandai pulak mak den nih


untuk majlis ni aku memang plan awal-awal theme bridesmaid warna pepel. thanks tau ida, sha, ika, nad, yati, farahim, haziyah sebab sebab sudi spend time. siap kene buat koktel pengantin lagi. sapa la tu. =,=  ramai kata bridesmaid cantek haritu tau.bihihi. nanti majlis uolls in sha Allah iolls datang.









            Bridesmaid yang banyak menolong  sepanjang majlis.nasibla gamba  bridesmaid puan sha ade.kalo takde mahu menanges mak cik ni.

sepanjang majlis ni ayah, mak n adik2 la yang settlekan. ayah dengan adik laki settle bab bahagian bawah. ayah settlekan bahagian bawah. kejap je bagi arahan dekat batalion(sepupu) settlekan hal makanan.




   Majlis warga tmg takpayah ajak orang lain       dah. Cucu tok mek pun dah berbatalion.hihi


mak with her batalion (mak sedara)pulak settlekan bahagian dalam rumah n adik pompuan pulak settekan hal tetamu. majlis kahwin kene plan macam ni baru tak haru biru majlis. sume main peranan.

Dalam majlis ni mak sedara lah yang tukang masak nasik pengantin. Mak sedara lah yang tukang mekap pengantin.sepupulah yang settlekan hal pengantin. Semua guna tenaga tmg tau.hikhik



 Nin dia batalion ayah aku. Tapi separuh aje yang nak bergambar. Separuh lagi cover line kat bawah.hihi

pukul 3 lebih jugak la keluarga pengantin laki sampai. itu pon kira lewat sebab raya cina tetiba jalan jadi jem. haha. 






Ini tok mek. Sorang cucu dah diambil                  orang.hmm =,='





       
Warga tok mek generation. Ini belum            cukup kuota lagi haaa



                             Keluarga baru ;)



  Member dari sekolah rendah n sekolah         menengah semua datang.thanks again (skmj & smksis)


tetamu yang mai sume dari jauh. alhamdulillah. jiran kata ramai pulak jemputan. padahal kami jemput sanak saudara je. niat nak buat majlis ni pon nak erat silaturahim.nak jumpa sedara yang lama gila tak jumpa. alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak. terharu kita hmmm


OUTDOOR
outdoor senang je. Depan rumah aku banyak sawah padi tapi malangnya banyak lalang takde pokok padi.hihi.kira ok la.



Bertandang

Majlis bertandang belah suami seminggu lepas belah aku. Family belah suami geng merah mak ngah. suami kata belah aku kaler dah soft. So belah keluarga suami kaler rare lah.kitorang pulak i choose kaer wine. Majlis pon sama jugak gotong royong macam aku jugak. Hiasan dalam bilik pulak paling special tau. Sebab.. suami n his siblings yang tolong hiaskan. Giler tererrr. Mane ade pengantin lelaki sekarang yang sanggop hias bilik semata2 untuk bini dye. Puji lelebih kang nanti ade orang belanje neh. Ekeke




So this is part of our wed. tu je?? weyhhh line xclear nih. Ini pon tergagap nak menaip. in sha Allah pasni nanti aku update yang lain pulak. ekekeke


*terima kasih bebanyak untuk semua orang yang take part for this event. alhamdulillah majlis sume majlis berjalan lancar. tanpa korang siapalah aku. hishhhhh



Doakan kami dipanjangkan jodoh hingga ke syurga ye. Muahhh




No comments:

Post a Comment