Assalamualaikum!!!
Hari ini Alhamdulillah kami suami isteri dah 2bulan lebih
kahwin tahu. macam baru semalam je akad nikah. hehe.lepas satu-satu cucu tok mek dah tawen ye. Kami suami isteri buat majlis yang simple- mimple sahaja. Dua-dua
majlis belah suami isteri ni buat majlis secara gotong royong aje. Panggil anak beranak
kumpul satu keturunan perah tenaga semata-mata untuk majlis ni tau. Ape-ape
majlis cuma panggil anak beranak je tolong settlekan majlis macam ni. baru
dapat erat silaturahim. Haa gitulaa kata satu keturunan kau bawak kan.miheheh
Ok boleh kata semua mende buat sendiri lah. Dari
sekecik-kecik goodies bag tu sampaila ke baju n pelamin hape sume. Huntong tau
sepupu ramai. Ala tak caye lettu. Meh aku kongsi sikit eh sepanjang majlis
kami. malas typing pepanjang jadi boleh tengok gamba kan??
DIY photobooth. Ala buat yang simple-simple je.cukup la untuk si comel bergambar
Akad nikah
hal nikah sume ayah yang settle kan. anak pompuang dye mane la reti nak mengadap semua tu kan. Seminggu before majlis, ayah pesan siap-siap dokumen
kahwen hape sume. Letak dalam fail. Okey dua-dua fail suami isteri siap simpan
dalam lemari dah. Nak kata punyalah azab kenebesan aku malam akad nikah tu, nak
gerak g masjid ni. “ kak mane fail tu,try check balik eh.takut tertinggal.yang penting
ic ”. Sekali…. Macam ade yang takde ni. hmm start nak menanges ni.nak menikah
ni wey. Kau buat tadak pulak haihh. Ingat balik .oohkey.. kan minggu lepas ayah dah bagi dekat tok kadi kan? sebab anak sulung nak kawen, ayah pon superb gelabah jugak. =,=
dalam hati ni
tak henti-henti berdoa moga semua dipermudahkan.nasib ada adik n bff yang ramai. rilek kakak. Masih tak puas hati lagi talipon encik suami. First time tahu talipon pak cik ni. and kata beliau kalo dah bagi
dekat tok kadi tu ok lah tu. Legaaa
Bunga tanganlah sebagai peneman majlis.
Bunga tanganlah sebagai peneman majlis.
.kami sampai lewat malam tu. Lagi 2 pengantin tengah tunggu.tapi suami oramg 1st yang akad nikah. Mihihi
alhamdulillah tepat pukul 9.56 malam Miss A bertukar status menjadi Madam Aini. Sebarang gangguan hati pasni tidak akan
dilayan. tehehe
Cincin pemberian suami
Encik Syimi Puan Aini
Bersanding
Hmm bersanding. Awalnya plan nak kaler hijau mint +
baby pink belah warga TMG (tok mek
generations)..warna yang selembut-lembut tu aku suka. plan mint terhijau lime pulak.belasah la. Untuk pelamin majlis kawin ni pulak,
cadangnya nak sewa barang aje. Sebab
masa tunang haritu, banyak lebihan kain mini pelamin tu. Mulanya mak aku
tak konfident lah kononnya anak pompuang dia tak kreatif hape sume. Aku
yakinkan mak aku lagi,tak putus asa tahu. Last-last tengok mak pulak
beria-ia nau nak diy sendiri. See? Ala lagipon sewa barang macam kerusi paling panjang, lampu candeliar, stage,
bunga 4 siap kaki pastu barang-barang suami macam tenkolok hape sume baru 500. Kalau pelamin yang dah siap
datang rumah kau letak tepi cash seribu++. Paling murah. Hmmm tak ke bazir-bazir.
mak plan nak background kaler krim untuk pelamin sebab bunga n others stuff dah mix mint pink kan. pandai pulak mak den nih
untuk majlis ni aku memang plan awal-awal theme bridesmaid warna pepel. thanks tau ida, sha, ika, nad, yati, farahim, haziyah sebab sebab sudi spend time. siap kene buat koktel pengantin lagi. sapa la tu. =,= ramai kata bridesmaid cantek haritu tau.bihihi. nanti majlis uolls in sha Allah iolls datang.
Bridesmaid yang banyak menolong sepanjang majlis.nasibla gamba bridesmaid puan sha ade.kalo takde mahu menanges mak cik ni.
sepanjang majlis ni ayah, mak n adik2 la yang settlekan. ayah dengan adik laki settle bab bahagian bawah. ayah settlekan bahagian bawah. kejap je bagi arahan dekat batalion(sepupu) settlekan hal makanan.
Majlis warga tmg takpayah ajak orang lain dah. Cucu tok mek pun dah berbatalion.hihi
mak with her batalion (mak sedara)pulak settlekan bahagian dalam rumah n adik pompuan pulak settekan hal tetamu. majlis kahwin kene plan macam ni baru tak haru biru majlis. sume main peranan.
Dalam majlis ni mak sedara lah yang tukang masak nasik pengantin. Mak sedara lah yang tukang mekap pengantin.sepupulah yang settlekan hal pengantin. Semua guna tenaga tmg tau.hikhik
Nin dia batalion ayah aku. Tapi separuh aje yang nak bergambar. Separuh lagi cover line kat bawah.hihi
pukul 3 lebih jugak la keluarga pengantin laki sampai. itu pon kira lewat sebab raya cina tetiba jalan jadi jem. haha.
Ini tok mek. Sorang cucu dah diambil orang.hmm =,='
Warga tok mek generation. Ini belum cukup kuota lagi haaa
Keluarga baru ;)
Member dari sekolah rendah n sekolah menengah semua datang.thanks again (skmj & smksis)
tetamu yang mai sume dari jauh. alhamdulillah. jiran kata ramai pulak jemputan. padahal kami jemput sanak saudara je. niat nak buat majlis ni pon nak erat silaturahim.nak jumpa sedara yang lama gila tak jumpa. alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak. terharu kita hmmm
OUTDOOR
outdoor senang je. Depan rumah aku banyak sawah padi tapi malangnya banyak lalang takde pokok padi.hihi.kira ok la.
Bertandang
Majlis bertandang belah suami seminggu lepas belah
aku. Family belah suami geng merah mak ngah. suami kata belah aku kaler dah
soft. So belah keluarga suami kaler rare lah.kitorang pulak i choose kaer wine. Majlis pon sama jugak gotong royong
macam aku jugak. Hiasan dalam bilik pulak paling special tau. Sebab.. suami n his
siblings yang tolong hiaskan. Giler tererrr. Mane ade pengantin lelaki sekarang
yang sanggop hias bilik semata2 untuk bini dye. Puji lelebih kang nanti ade orang
belanje neh. Ekeke
So this is part of our wed. tu je?? weyhhh line xclear nih. Ini pon tergagap nak menaip. in sha Allah pasni nanti
aku update yang lain pulak. ekekeke
*terima kasih bebanyak untuk semua orang yang take part for this event. alhamdulillah majlis sume majlis berjalan lancar. tanpa korang siapalah aku. hishhhhh
Doakan kami dipanjangkan jodoh hingga ke syurga ye. Muahhh