Di waktu petang yang hujan ni, tetibe rajin pulak aku nak menulis. tak pe, baek isi mase lapang dengan "mengupdate" blog..bahaha..
aku baru beli novel Sandal Bunga-bunga karya Faziela..niih novel ke2 dr beliau selepas si mangkuk tingkat...aku suka jalan citer beliau sebab bahasa dia santai giler..best tau gelak sensorang..tak nyesal ko beli..
ok habes bab iklan.. entry kali nih pasal camping. Aku n the geng nih 1 kepala tau. asal g memane, semua kate "ok!!". Mase lalu kitorang g camping under Kelab Cruise. mendaki gunung Arong kau. sape tak nak mendaki beb, boleh redah suasane hutan yang nyaman bertemankan bunyi burung.kononyalah..
kitorang join camping ni selama 3 ari.pergi 1 bas ja, tak larat nak bawak ramai-ramai..kitorang gerak sane kol 2petang n sampai sane kol 6petang..nak sampai sane pulak sampai tersesat kawasan camp orang.isk3. pastu terhidu pulak angin-angin pantai..waaaaahaha. ok, nasib baik jumpa!
nak sewa chalet pon boleh. tepi pantai pulak tu
sampai sane teros ice breaking, bahagi grup. geng aku memang 1 grop dah.lepas tu, pasang khemah..lah, khemah rosak pullak, so kene la sumbat 1 khemah 4 orang.naya-naya..dah tu je yang hade, bedal je lah daripada tido lua.
nampak tak sume pompuan dok tengok ja.
sedang mengharapkan belas kasihan para lelaki..ihiks
Lepas solat sume, every grup diberi tugas macam memasak n berjaga for every day. wahai pompuan sekalian, ni la masenye nak tunjuk menunjuk skill anda yang pandai memasak.biarpun makan bihun goreng~
makan dah,kene tidur awal sebab esok kene bangun pagi nak breakfast bagai.terbaek kau lepas tido makang~ malam tu aku tidur bertemankan bunyi mp3,deruan ombak, angin pantai yang sejuk dan tak lupa bunyi dengkuran mereka yang keletihansapa la tu.haha.
Besoknya lepas breakfast, teros gerak naik gunung. before nek gunung kenala exercise dulu. kang kejang otot atas gunung sapo nak bawak turun. aku tak nak.
suasana pagi yang nyaman sekali~
Nak daki gunung kene la ada guide. Kang sesat gunung mano, tak balek umah den ni haa. guide kitorang nih memang expert la pasal gunung ni, patotla nampak steady jah pak cik. Pak cik tu cakap nak sampai puncak gunung amik mase dalam 2 jam. okay, tak sabar.pendakian pun bermula..
berehat sebentar sebab kaki kitorang bukan enjin nak selalu gerak jaa..hee
Pendakian diteroskan.macam-macam la kau boleh nampak muka sensorang. ada yang merah,hijau sume kaler ade.pastu termengah-mengah la, yang nampak steady tu dah biase daki gunung.setiap pendaki mestilah fokus pada jalan sebab ianya berbatu,bahaya sangat.nak sangat main-main,meh sini aku lempang tergolek kat bawah.haha
view from puncak. subhana Allah cantik sangat.
nampak tak teluk pantai yang comel tuh?
sampai puncak, segala kepenatan hilang sebab gumbira sangat. mase tu la sesi photoshoot bagai nak rak kau.
okay, time nak turun pulak. mase otw nak turun tu, dorang yang penah daki gunung ni tetibe turun bagaikan roller coster weh. mahu tak tekejut.laju giler. dah kenapa ek?pending tau. pastu bile semua dah bersungguh-sungguh nak turun, dengan aku sekali join. gile tak laju turun sebab baru dengar bunyi ombak!!kesian, sadis-sadis.
sampai je pantai, siap mandi manda.. tapi geng pompuan tak dela sampai nak mandi manda.ada pulak yang siap buat penyu lagi. lepas lepak, kitorang gerak balik. gune jalan tepi pantai je.jenjalan sambil menhirop udara sogar~ best sangat-sangat.
sampai je kat khemah, semua orang tebongkang tido sebab penat sangat. bangun-bangun je, hujan.alahai,nasib la hujan pantai. malam tu siap bbq lagi.makan sampai konyang sambil main game+teka teki+sharing citer-citer.
besoknya lepas breakfast,kami terus gerak balik bawa kenangan terindah masing-masing.
ni some info pasal gunung arong.
No comments:
Post a Comment