Assalamualaikum!
Hakcuuummmm!!! Dah berapo kali dah eden bersin nih. Haih domem di bolan poso nih bawok besabo nyolah yo. Agak dah kalo dah dok dalam econd lama-lama pastu bukak pose teros sentap ais, nah terimalah akibatnya. Aku nih jenis yang taktahan dengan econd segala. Cepat sangat selesema. Wells we olls dah biase hidop dengan fresh oxygen khenn. Haha. Bila selesema kan, kuasa nafsu makan dah tentulah turun kepada 50%. Biase bedal sepinggan nasik, tapi semua campak ke tepi.Semua tak lalu lah nak makan. Tapi sebab sayangkan perot nih, makanya 3 ketul ayam bako berjaya dihadam dengan baik. Bagos bagos. Telan ubat mana kenyang bro. so kepada korang tuh, jagalah kesihatan di bulan puasa kalo tak nak beraya bersama selesema nanti.kurengkan ais, banyakkan air suam. Nasihat untuk diri sendiri. Cis =_=*
Memandangkan dah seminggu pose nih, jom share ciket air, kuih n nasik femes kat negeri aku iaitu Kelantan. Biasanya kalau kat sini, macam-macam kuih yang ada. Sumpah banyak weh. Tapi yang biasa menjadi sentapan , eh santapan utama macam kuih akok,netbat n onde-onde. Macam kuih akok yang paling femes kat sini korang boleh beli dekat Jeli n Pasir Mas.
yang ni lah akok. ada akok pandan n jagung.
Uniknya bulan pose nih, segala mende yang biasa kita makan biase je tapi sebab bulan pose je, jadik femes kan. Contohnya kuih netbat. Kuih nih memang simple sangat sebab just tambahkan air gula n daun pandan. Kalo tak bulan pose, harem ko nak jumpa kat paso n makan kan. Rupa macam kuih bahulu bunga yang kecik comels tuh. Just masak tambah manisan gula, nama pon kenolah tuko. Tak gitu?
this is kueh onde-onde. urghh terasa percikan manisan gula when kau menggigitnya.
yang ni kueh netbat yang asal. before dye masak dengan air gula.
yang nih dah boleh makan
Lepas tu, kerang rebus. Kat sini, kerang mase bulan pose tu memang la laku. Pergh, lepas semayang tarawih duaploh rakaat, balik teros sentap pulak kerang rebus semangkok. Pastu nak lepak makan murtabak, dekat simpang 4 jalan nak g Machang ko leh dapat sebijik 2hengget ja. Seyes sampai ke arini aku teringat padanya. carik gerai tepi jalan yang warna kuning taw.
Kalau air pulak, biasanya nak dapatkan air tebu, laici kang n soya kat tepi jalan macam susah je kan.Yela, rumit kot nak buat air soya nak tapis segala pastu ko jual sehengget seplastik je. Urgh mana nak huntong. Tapi sebab bulan pose, zemangat tau abang akak jual air sume nih. Mungkin ni semangat yang Allah bagi kat kita. Nak cari rezeki kan mestilah kene rajin.
air tebu
Oh, okey lupa nak share pasal nasik. Kalau kat Kelantan, nasi kerabu lah yang femes. Tapi nasik kerabu dah makan hari-hari, so takdelah beza mana pon. Kalau yang rojin sanget pon, just masak lauk yang campur-campur la macam tomyam ke, kangkong belacan ke, ayam bako ke. Yelah, sebulan pose kene la ada resepi len yang pelbagai kan. haa before beli kat bazar Ramadhan tuh, eloklah jenguk-jenguk dulu kebersihan gerai dorang. Makan makan jugak, kesihatan badan kene jage.Eh kata nak slim pagi raya kan. Kononnyalah.
yang ni nasi kerabu. ko kene gaul sume.
n dont bagitaw aku korang penah makan nasik asing dengan ulam eh.
No comments:
Post a Comment