Assalamualaikum...
Aku ni rajin. Buktinya aku telah membaca newpaypernya dengan jayanya. Aduiterber.
Banyak pulak nya kau ye.Belek punya belek, macam nak share “sesuatu” je dekat
korang iaitu pasal kecantikan. Bukan nak promote pasal lipstik, aishedow ke
hape, tapi nak promote pasal sayuran terbaik untuk kesihatan sepanjang hidup. Iaitu
ulam..ulam boleh dimakan secara mentah atau dijadikan resepi masakan harian. aku
suka ulam mahupon sayur. Takde dua-dua ni rasa macam hidup ni kosong. Kosong kosong
~
Kebaikan memakan ulam:
- Membekalkan serat yang diperlukan untuk sistem penghadaman
- Kaya dengan vitamin dan zat galian(fosforus,kalsium, zat besi dll)
- Mempunyai antioksidan & antibakteria
Pegaga
ulam disukai ramai. Biasanya
kalau pi makan dekat nasi ulam ke, haa ulam ni wajib ada. Kaya dengan vitamin A
n C. Ada jugak yang blend pegaga ni untuk dijadikan jus. Pastu letak susu
sikit. Fulamak.. oh ya, Ulam ni juga dijadikan “sayuran rasmi” untuk wanita
yang berpantang. Juga baik untuk pengaliran darah.
Dalam bidang kecantikan, daun
pegaga dijadikan bahan tambahan untuk krim antiselulit dan anti kedutan di
bahagian bawah mata dan muka. Biasanya jumpa masker timun kan? So, apa kata cubalah
cari masker yang ada bahan tambahan pegaga. Hehe
terbaik dari ladangz. rasa loya, kasila tambah susu. voila!!!
Jering
Eww, bau busuk! Jarang orang
makan. Hanya orang-orang tua je yang verani makan kan. Haha.memangla busuk,
tapi jering ni ada rahsia perubatan yang tinggi tau. Jering kaya dengan vitamin
A,B,C, protein, karbohidrat dan serat. Haa jangan tengok luaran je. Tapi
malangnya aku tak makan. Bahaha. Oh ya. Sesape yang susah sangat nak buang air
kecil, makan neh. In shaa Allah settle masalah besar tu. =,=
nasik putih panas,ikan goreng, sambal ikan bilis jering.
Petai
Ulam ni same je dengan jering.
Baunya juga busuk, tapi aku better pilih
yang ni lagi la. Sebab petai lagi kecik daripada jering. Ihiks. Masak sambal tumis
sodap neh. Petai pon kaya dengan vitamin A, B1,B2,C, kalsium n fosforus yang
baik untuk pertumbuhan gigi. Masalah bau tu takyah risau la, listerin ada je
memane. lepas makan, kumur. Yeah!
sup ayam petai. err, kalau kalau dibuat ulam aku still
boleh terima lagi. tapi kalau dibuat sup, errr rasanya....+_+
Kunyit Muda
Ulam yang kaya dengan antioksidan
dan mampu merendahkan paras kolesterol dalam darah dan juga merawat demam
kuning. Daripada kajian UPM mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang
memberikan warna kuning jingga berpotensi merawat barah dan kanser. Bagus ni. Lagi
satu, kepada hakak-hakak yang lepas bersalin tu, elokla diamalkan sebab ia mempercepatkan
penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.
Pucuk Gajus
Selalu makan kacang gajus kan?
Ala yang murah sikit dari kacang pistacio tu. Kacang gajus dah makan, tapi
pucuk gajus belom kan?em, cuba makan pucuk gajus pulaks. Sedap tau dicicah
sambal mahupun budu. ulam ni mampu mengatasi cirit-birit dan muntah. Mase drive
jejauh balik kampong raya cina neh, kalo nak muntah bawak bekal pucuk gajus. Err, ade
ke buat camtuh?
Daun kaduk
Haa jangan tertukar dengan daun
sireh please. Before nak buat ulam tu, better tanya mak hang dulu. Niat nak buat gulai kuning ikan sepat, sekali teramek daun sireh.aduuhh. nak kasik hmmph siket gulai tu, letak selai dua daun kaduk. Kalau nak
buat ulam, rebus siket dengan air panas(celur). Khasiatnya menguatkan tulang(macam
minum susu je), batuk pun takde, selesema n sengal sendi. Mase aku join
trip itu hari, ada terjumpa kerepek kaduk.nampak dak permainan bisnes di situ. Sampai
jadi kerepek ye.lahai bagusnya..
em sodap gak makan petang dengan teh panaz.
Terung pipit
Masa kecik-kecik dulu, main rembat je kat tepi jalan buah ni. Yang budak
laki pulak dorang perdajalkan jadik peluru pistol mainan. Jahat
betol. Tapi taktahu pulak buah ni ghupenye ulam. Kehkehkeh. Makan
ulam ni mampu menghilangkan sengal badan, tumit pecah, pitam n darah tinggi.
so guys, tulah serba sikit infomasi yang aku boleh kongsikan dari payper. Hehe. Harap pasni kita amalkan segala ulam kat belakang
ghumah tu ye.Take care people ^_^
No comments:
Post a Comment