Wednesday 1 January 2014

Terengganu Part 2

Assalamualaikum...

kata nak update next trip pasal  Teganu kan? so... here we gooo!!!

Rantau abahkau (Rantau Abang)

Nak tengok penyu bertelur tak? Haa kalau nak tengok, mari sini ye. Takde dah negeri laen yang ada pusat memelihara n memulihara penyu neh. Kalau korang datang trip family@uni ke, dorang akan layan korang kaw2 nye, macam bagi penerangan pasal penyu. 

*nak tengok sangat penyu bertelur, sila plan mai bulan april-ogos ye.



kat sini, penyu dye besar gila. sebab replika kan =,= 




sebab tak dapat tengok penyu yang real, tengok geng-geng dye pon jadi lah 





lepas belajar sejarah pasal penyu, kitorang serbu 
pantai Rantau Abang. pantai  depan galeri ni je



macam comel je kaler pasir dye kan?


dinasihatkan ye, kat sini jangan nak beronok-ronok(seronok) sangat nak pi menyelam la, scuba la,mandi la. ombak sini, kuat tinggi bahaya. tak sesuai. tengok dorang ni. nasib baik ada bodygad 3 orang tue -,-'


 si fyda n kak umi dengan bunga nye lahai, sampai kesudah tak buang



wajah kegumbiraan lepas jumpe pantai. :)


kat sini, ada kilang batik. kalau nak tengok cemane dorang lukis batik tu, sebelah galeri ni je



nak berehat and sembahyang, apakata pegi sini..

Masjid Terapung a.k.a Masjid Tengku Zaharah




masjid terapung terulung di Malaysia


kalau korang singgah masjd ni, ramai sangat photograper
 yang buat photoshoot kat sini. termasuklah pengantin

next destination izz..

Pasar Payang

Pasar yang penuh dengan bermacam-macam jenis barangan, makanan mahupon pakaian. Oh ya batik kat sini sangat la banyak.





batik dye, kalau korang pandai kecek Ganu, in shaa Allah buleh kurang

Macam boring kan asyik citer pasal sejarah je. Okey tak nak boring, jom isi perut. Hamboih.. kemahen kau kalo sebot pasal  makan kan.



Kat sini kopok biasenya dibungkus 1 ikat RM5. Ada yang dah siap digoreng n direbus. Kat sini memang banyak gila gerai kopok. Biasanya kopok yang banyak ikan tu la yang paling sedap. and kat gerai tu kekadang siap bagi tester lagi. so  tak heran la kalo ada customer tuh sekali tapau 50hengget kau. Rasa malu je bila beli 1 bungkus.huuu




nak tengok cemane dorang buat kopok gete, 
haa buleh sangat la. dorang ni masuk sampai ke dapur

5. Tasik Kenyir

Haaa sesedap tapau kopok tuh, apa kata makan sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Bagus neh sebab dah lame tak nengok mende hijau kan.now tasik neh baru siap renovate. Kat sini macam-macam hado. Contohnya Gua Bewah, air terjun dan santuari kelah. Bestnye!!


nak tengok promotion, klik sini

Aku rasa cukup la 2 ari korang spend time kat Teganu neh. Balik dari melancong, terus zemangat untuk koje kan. hihi



No comments:

Post a Comment