Wednesday 12 February 2014

Tips temuduga- nak prepare ape ye?


assalamualaikum...

haaa taip laju selaju mungkin sebab sekarang takde customer, okey memandangkan my BFF dapat poi interview, dye mintak pendapat aku sebab memandangkan aku dah pernah pegi temuduga kan. tahniah kepada beliau ye. yela bukan senang tau resume kita terpilih untuk ditemuduga. berjaya atau tak tolak tepi. yang penting kita usaha.

tips before neh pon aku dah share,meh tengok SINI tapi mungkin tak berapa nak mendalem kan. sebab aku bagitahu asas je kan. okey jom...

Resume
make as simple. janganla simple benor. korang ada dapat email pasal tawaran interview kan? so mesti kat situ dye ada tulis apa yang perlu dibawa mase interview nanti. ikut susunan. contohnya ic,surat beranak, sijil spm, sijil berhenti sk, sijil dip, sijil degree, sijil kemahiran macam sijil komputer ke, sijil persatuan. sijil tu susun yang latest n rasa nak tunjuk sebab bangga kan. boleh ja. tapi sijil tu jangan la ang sumbat sampai patploh helai. mati r panel nak belek. 

contoh kalau dapat interview kerani, masukkan sijil LCCI (akaun mase spm tu) and sijil kemahiran komputer. so baru la panel nampak bukti ang nak ada kemahiran pasal this job.

Pakaian
pakaian yang sopan dan menutup aurat. biasa kalau pompuan pakai baju kurung. yang laki pakai kemeja lengan panjang n tie. pakaian matching kaler is the best! alaa pakaian sedondon tu. kalau korang plan nak pakai baju kurung kaler pepel, try carik shawl o tudung bawal kaler muda sikit. yang laki pulak tolongla suai padankan kaler tie dengan kemeja yang elok-elok sikit. kalau pakai kemeja kosong kaler muda, cari tie belang2 sikit kaler terang sikit ja dari kaler kemeja tu. takyah la nak match dengan tie yang berbunga-bunga sangat. =,=

macam ni baru kachak!



baju bunga2 kecik camni okey sikit. match oren lembut. huiyoooo!!



oh ya, yang pompuan tu kalau plan nak pakai shawl, belit bio le kemas sikit. takut nanti mase dok tunggu turn tu lame sangat sampai fengsan. yela panas dengan  berbelit-belit nye. takyah nak fashionista sangat la depan panel tu. taula ang model kan.yang pakai tudung bawal tu pinkan macam rama-rama pon boley. 

Kasut
wanita sila pilih kasut yang bertumit sikit and kosong ye.sikit pon jadi la. takyah la kai kasut yang ada bunga kembang mekar tu. yang laki tu kiwi kasut kasik bersinar lip lap sampai berpinar mata panel tu..gituuu 

Amalan Doa
malam before temuduga tu mintak diri sendiri, mak ayah buat solat hajat . moga interview nanti dipermudahkan. yela kita tak boleh nak expect kan soklan panel tu cemane. payah ke senang ke. kang tiba-tiba ada exam ke. 

doa hilang gemuruh

Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku;
bila nama anda dipanggil, selawat banyak-banyak. lepas dok atas kerusi tu, baca doa ni n hembus slow-slow. insha Allah lembut hati panel tu. yang muka kemahen garang kite tengok elek je. hihi

                          doa melembutkan hati

so rasanya itu sahajalah yang mampu aku kongsi. good luck, gambate, fighting !!!





No comments:

Post a Comment