Assalamualaikum…
Haritu aku ada janji(sebenarnya
tadi)
nak share next entry pasal my 1st day aku sebagai guru ganti kan?
Okey mari mari.(sambil makan aiskrim vanilla)
Biasa kalau 1st day koje memane pon
mesti pegi awal kan? eh sama la macam
aku. Kononnye esaited laa nak tunjuk contoh yang baik kan. Tapi sebenarnya
dalam hati nih, dok risau gak la, “eh boleh ke aku koje/mengajar ni?”, kang dorang
yang ajar aku balik macam mane? Cis mula-mula dah pikir yang bukan-bukan.
okey tarik napas setinggi mungkin. Saat kakiku
melangkah ke sekolah lamaku,murid-murid yang baru nak masuk kelas terus zappp!! Dalam hati “eh ada cikgu baru
ke?”. Yang dok tengah makan RMT tu, berhenti makan sekejap. Yang tengah dok
salam dengan ibu pon sempat lagi dok tengok. Tersengih-sengih pulak tu. Wah
zemangat ni nak blajo .Aku rasa macam "eh nak senyum ke tak ni". eh malunyee.eh itu la eh ini la. Memangla,
aku pon cenggitu gak ah masa zaman hingusan dulu. setiap kali cikgu "muda" masuk
sekolah , semangat nak blajo tu memangla 100% terus naik!!sambil lari masuk kelas,
kemahen “ehemmm, wey ada cikgu baru la!!!” over budak tu ye. Muehehe
kesahkan dorang ni, aku terus daftar diri dekat pejabat n bagi surat PPD. Nasib
baik masa tu aku jumpa cikgu lama(Cikgu Hashimah n Ustaz Azman).sempat la
mengenangkan kesah dulu. At least, rasa malu tu kurang la sikit. ada cover line.Bayangkanla, dah
la dalam pejabat tempat punch kad pon kat situ la. Sesambil cikgu punch kad
tu, sesambil tu menginterview aku. Banyak tanya pulak cikgu-cikgu ni. Haih elek
elek.
meja tumpang sikijap
Suasana sekolah masih sama. Cuma cikgu je yang
berbeza. Macam ramai cikgu muda kot dari cikgu veteran. Haritu aku disuruh oleh
PK Pentadbiran supaya ganti cikgu Hishamudin. Kelas 4Gigih (budak pandai) n
5U(budak sangat lemah). Okey boleh tahan ni. masuk kelas 4G memang best sebab
budak sangat aktif, pandai, kemas dan bagus.masuk je, ketua kelas siap bagi
arahan salam, doa lagi. Kuat pulak tu. Malu i.haha
Lain pulak kes kelas 5U. ko bayangkanla aku
masuk kelas tu, meja guru dah takde ghupe wey. Ya Allah,environment memangla
beza sangat dengan kelas pandai. Aku masuk je, dorang tak bagi salam hape, aku
pulak yang “terover”. Geram tau. Kasut, pakaian, sume tak kemas langsung. Muka
sensorang lahai.. tak de semangat langsung nak blaja.masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Sabar macam makin rendah
tapi ...kene tahan ni.at least lepas habis kelas tu, dorang siap bagitau
lagi,”nanti pasni cikgu masuk kelas ni lagi eh?”=,=’
Itu dugaan 1st day. Masuk bilik
guru, ada la cikgu tu siap dok bagitau tension giler kalau dapat kelas lemah. Bagi
aku, sebenarnya dorang ni pandai. Cuma
nakal melampau n mereka memerlukan perhatian lebih. Kadang-kadang dorang ni
kurang perhatian especially dari ibubapa. Ko bayangkanla boleh ke sorang cikgu nak take
over sume budak 1 kelas?? Memang tak ah. Proses pengajaran dan pembelajaran paling limit pon 1
jam setengah. =,= memang ménanges la ko haritu.keh3
seyesly. bukan senang ye nak jadi cikgu ni. aku
bagitahu sekali lagi, bukan senang. Yang mak bapak pulak, jangan salahkan cikgu
kalau anak dorang tak pandai n tak dapat markah okey dalam exam. Bayangkanla,
cikgu dah ajar sume dah. Sakit tekak ni tau dok mengajar. Tapi bila anak balik,
mak bapak just tanye, “cikgu ajar ape harini?” pastu budak tu blablabla pastu
blah. kalau over lagi, tak tanye langsung. Yela penat balik koje kan. At least bagi la
perhatian sikit dekat dorang, tanye balik soklan, buat latihan balik. pembelajaran akan hilang sekiranya tidak diulang dalam masa 24jam. kajian tu.ingat tu
Ada
mesyuarat PIBG pon, mak bapak teros tembak soklan “pedas” tanpa pikir panjang. kalau boleh nak je bagi sebijik,`asas kat ghumah pon tak okey, cemana budak tu nak ada semangat
untuk blaja? 'At least kita sama-sama
`berusaha’ dalam mendidik anak-anak dan pelajar. Jangan bagi 100% tanggungjawab
kepada cikgu ye. cuba pikir. Pikir.
Tapi moment paling sweet kan, kalau korang pegi
area memane kat kawasan sekolah even dekat kantin pon, dorang ni ramah sangat. Nak
nak kalau ada “cikgu muda”. Cikgu muda
pompuan la. “assalamualaikum cikgu”, “cikgu!! Nak salam”laungan dari jaoh oo.aloo comey wey
dorang ni. sorang salam, mulalah ngajak BFF/ member satu kelas nak salam.bhahaha malu
itew tau. Kat kantin sekolah pulak tu. Aku nak masuk tandas pon dorang still “nak
salam cikgu!! =v=
Moment takleh blahnye, masa tu lepas mesyuarat
guru. 15 minit before 1.30 tengahari la. Cikgu lain bagitau tak yah masuk la sebab
nak dekat waktu balik kan. so aku elek-elek je dok bilik guru. Tiba-tiba, ada 2 pelajar pompuan
ni tahun 2, masuk bilik guru teros tanye cikgu Na(member meja sebelah aku). “ye cari sape? Budak tu teros jawab, “cikgu Aini ada tak? Ala
cikgu baru tu, sebab sekarang waktu kelas kami.” Aku rasa macam,”ngaahaaa??? (muka
taktahu nak buat apedah). Cikgu dalam bilik guru tu semua pandang tau. okey dorang ni terlebih
esaited pulak dah hoi. Siap jempot lagi wey. Aku bangun,hamek beg teros pegi
kelas tu(sambil bermuka tebal duaploh inci). muahaha.
Okey tu la pahit manis cikgu.setakat harini la. harapnya
berkekalan la selama 2 bulan ni. amin.so, sesape yang berminat nak didik pelajar, jomlah sesame membantu. ^^
having fun with them
No comments:
Post a Comment