Wednesday 30 April 2014

Memories of SKMJ

Assalamualaikum…

Alhamdulillah almost 2bulan tugas sebagai guru ganti at Sk Mempelam Jelawang(my old school) habes dengan selamatnya.Dengan jayanya.dengan gumbirenya.Okey meh aku share our last day,our last memory  at this skol.

Biasanya every week semenjak start menabur bakti kat sekolah ni,aku mesti bawak something kat bebudak. Especely kelas yang aku ajar.Tak kira la bawak biskot, Apollo, gula2 o lollipop yang duaplohsen ke, bawak hapeje janji bawak.Kalau aku terlebih rajin sangat, aku akan bawak something untuk cikgu sini like kek o pudding o jempot(cucur).

So, untuk last day, aku siap plan nak bawak 2 mende iaitu kek coklat n pudding trifle(takyah nak triffle sangatla). Aku takde la buat banyak pon, cukup untuk bebudak 2 kelas n untuk cikgu yang sape cepat dye dapat. Kemahen tau pepagi aku meronggeng bawak semua ni semata2 untuk rakyat jelata ni.Muahaha. 

kebetolan hari Isnin tu ada UBB (ujianpenggal ke2), lepas exam, aku bagi sensorang satu untuk bebudak ni makan. Semua muka esaited gile wey sebab last gift kan.Alhamdulillah cukup untuk kedua-dua kelas.Makan sampai lebam.


budak laki yang dok tengah namanya Akimi. dye ni paling hyper la dalam kelas. 
tapi kalau bab exam, he is very serius. tapi result hancus lebus. but i like him very much.
 puas aku amek hati supaya beliau sentiasa membuat latihan mase iols mengajar.

                                         
                                                 ujian UBB

Tapi kan, sebak pulak sebab ada sorang student ni, jual mahal giler tak mau makan akunye pudding. Heran, tiap kali aku bawak gift, mesti dye takmau.Anak orang kaya mungkin. Dye sorang je yang tak esaited. Tak pela biarkan beliau.heheh



puding triffle siap untuk diagihkan kepada rakyat jelata

last day kene amek gambo bebanyakkan?okey akusiap warning. ”kalau nak bergambo pakaian mesti kemas,laki tie kemas,baju tight in, yang pompuan tudung tak mau kasi nampak rambut, tak mau nampak hingus hapeke !”.zapp cepat je bebudak ni bergerak mengikut arahan. Laju eh kalau bab bergambo.heheh.






2 Tekun


budak laki yang dok depan tu la jual mahal.



mereka selalu merosakkan gambar aku.wahaha


budak paling cute-pengawas laki berbaju biru tengah buat peace tu
hensome boy budak laki belah budak cute tu
almost pengawas dalam kelas 3 Gigih ni budak hansome key




tau dak, masa tengah duk sesedap lepak dengan kak yat, tetibe ada 2 orang budak pompuan mai bilik guru siap nanges bagai. Kami pon tanye pasai pa pulak nanges ni? jiran belah si Kamilia bagitau dye nanges sebab cikgu (iolsla) nak berhenti dah.Nak tinggalkan skola ni.Bhahaha.Okey ini lawak. aku dengan k.yat gelak sakan tak de motip betul. Nampak dak baru 2 bulan jadi cikgu sini kau mampu buat budak nanges? Ala korang ni buat aku sebak la dear. kak yat siap nganjing aku suh sambung lagi la camni. Wkwwkk.
Dek kerana si Kamilia buat drama air mata kat bilik guru tu, virus beliau siap berjangkit dekat bebudak lain lagi. Aku tak tahu nak buat hape dah makcik hoi.Hadoi malulah kalau lelama dok bilik guru ni.

Maka aku mengambil langkah bijak pegi bilik KAFA lepak dengan k.aisyah n k.farhana pulak. Siap lock pintu lagi. Aku menjadi kejam. Untuk sementara je. tak bole jadi ni. kang aku pulak yang buat drama. =,=

masa tengah nak balik tu, aku diberi kejutan. Ala ada hadiah la.Terharu la camni.Tak mau tinggal skolah ni boleh dak???hihi. alhamdulilah ritu banyak gak la cekau hadiah dari warga skmj neh.Muehehe





rasanya elok dah aku ngajar BM kat bebudak ni. xpela janji ada surat cinta. :)





p/s: A big thank to GB En Akhbar Basha sebab sudi terima sebagai GG kat skola ni. even mampu bagi sedikit sahaja sumbangan untuk sekolah ni. nasib sempat jadi coach netbal. thanks a bunch to all cikgu2 SKMJ, staff n bebudak untuk segalanya. Iols nak mintak ampun if ada tersilap kata o terkasar bahasa o terbuat salah ke. Harap kalau memerlukan sumbangan, cepat2 gitau yep. Sayang lebih untuk sekolah ni. muah muah. In Sha Allah ada rezeki jumpe lagi for the next 3 month.Myb??hehe

aku hadiahkan lagu ini untuk warga SMKJ gitu. (lagu MH370 pon jadik lah eh, janji ada makna)^^iklas dari hati tau

Berlalu awan langit nan suram, 
membawaku cahaya baru. Hari semalam ku lepaskan, 
esok hari bawa harapan..teruskan…
Biar pun jauh dari mata takkan hilang dihati,
terus gagah melangkah pasti. 
Hari-hari yang ku lalui pada tuhan ku berdoa, 
waktu kan mengubati pasti. Percayalah..selamanya..
Hentikan semua air mata, tuhan sentiasa bersama.
 Segalanya akan berlalu, pulang aku pasti padaMu. Yang satu.

No comments:

Post a Comment